Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 12 October 2011

Web Development 2 : Presentation of Planning

Pada hari ini kumpulan kami
Telah membentangkan hasil perancangan untuk projek pembangunan laman web
Yang akan menjadi salah satu mekanisme penilaian untuk Kursus MPT1393 ini

Hasil perancangan telah dipersembahkan melalui prezi.com
Boleh klik di sini


Cadangan untuk 'homepage'

Komen daripada Dr. Noraffandy bin Yahya  daripada hasil pembentangan ini ialah :

Masalah pembelajaran perlu disokong dengan hasil kajian terdahulu. Ia boleh didapati daripada jurnal ataupun tesis.

Strategi pembelajaran yang berasaskan Teori Konstruktivisme perlu dijelaskan sebaiknya. Ia mungkin berlaku ketika proses kolaboratif semasa di dalam proses pembelajaran.

Sasaran pengguna perlu dikhususkan samada untuk pengguna aras rendah, sederhana ataupun tinggi ataupun yang menggabungkan kesemua aras. Tetapi, lebih baik untuk mengkhususkan kepada satu aras pengguna sahaja.

No comments: