Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 28 September 2011

Kelas Dibatalkan

Hari ini kelas dibatalkan
Kerana our beloved lecturer, Dr. Noraffandy bin Yahaya
Menghadiri atau membentangkan kertas seminar (saya tidak pasti)
Di Universiti Putra Malaysia

Wednesday 21 September 2011

Refleksi 2 : LMS, CMS

Antara perisian yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web ialah :
lk
LMS (Learning Management System)
lk
LMS merupakan satu aplikasi perisian atau teknologi berasaskan web yang digunakan untuk merancang, membina dan mereka bentuk sistem pendidikan yang lebih maju. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik di mana melalui penggunaan LMS, proses pengajaran dan pembelajaran dibantu oleh lakaran grafik dan paparan multimedia yang menarik. 
lk
Sumber : Klik di sini.
lk
Antara contoh LMS ialah : Moodle, Dokeos, Claroline, OLAT, Atutor dan sebagainya.
lk
CMS (Content Management System)
lk
CMS merupakan perisian yang dipasangkan di dalam web server untuk memudahkan proses pengurusan sesebuah laman web. Dengan menggunakan kemudahan CMS pengurus laman web boleh menguruskan maklumat laman web dengan hanya menaip maklumat yang hendak dikemaskini ke dalam ruang yang disediakan, tanpa perlu mengetahui teknik-teknik penggunaan kod HTML.
lk
Sebelum sesebuah CMS dipasangkan, server yang hendak digunakan perlulah mempunyai kemudahan platform yang boleh menyokong perisian CMS yang hendak digunakan. CMS biasanya menggunakan kemudahan PHP, DotNet atau CFM (Cold Fusion). Kebanyakan CMS yang popular adalah percuma dan boleh dimuat-turunkan di dalam laman web masing-masing. 
lk
Sumber : Klik di sini.
lk
Antara contoh CMS ialah : Joomla, Mambo, PhpNuke, Xoops, Zope dan sebagainya.

Wednesday 14 September 2011

Refleksi 1 : The Class Has Started

AlhamdulilLah, hari ini
Kelas pertama untuk Kursus MPT1393 - Web Based Multimedia Development 
Telah pun dimulakan
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Noraffandy bin Yahaya
Kerana sudi untuk mengajar kelas ini by requested
Kalau tak, sure kami tidak dapat menghabiskan pengajian untuk semester ini
TQ so much Dr. :)
lk
Tapi, hari ini saya tidak dapat menghadiri kelas
Kerana menguruskan adik bongsu saya yang sedang menduduki peperiksaan UPSR
In sya Allah, refleksi untuk kelas pada hari ini akan dikemaskini kemudian

Welcome To My Blog!



Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Ahlan wa sahlan, selamat datang, welcome... :)
lk
My Web Learning ini dihasilkan sebagai memenuhi keperluan
Kursus MPT1393 - Web Based Multimedia Development
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan) Universiti Teknologi Malaysia
lk
Syukran, terima kasih, thank you