Recent Entries

Let's Read!

Wednesday, 12 October 2011

Refleksi 4 - Information Design

Antara tujuan sebuah laman web itu dibina adalah untuk menyampaikan maklumat (information). Justeru itu, untuk memastikan laman web yang dibina dapat menyampaikan maklumat dengan efisien dan tepat, ia perlu melibatkan proses merekabentuk maklumat (information design).

'Information design' ialah kemahiran dan amalan menyediakan sesuatu maklumat yang boleh disampaikan dengan cara yang efisien dan mudah difahami serta dapat memberikan kesan yang efektif kepada penerima. Di dalam proses pembinaan laman web, 'information design' ini  melibatkan proses merancang dan mengatur isi kandungan dan maklumat serta strategi penyampaian maklumat yang ingin disampaikan.

Tutorial, latih tubi dan simulasi adalah antara contoh strategi penyampaian maklumat yang boleh diaplikasikan di dalam proses pembinaan laman web.

Rujukan : Klik di sini

No comments: