Recent Entries

Let's Read!

Saturday 8 October 2011

Web Development 1 : Planning

TAJUK

"Mengimbangi Persamaan Kimia"

MASALAH PEMBELAJARAN

Garnett, Garnet & Hacking (1995) dalam ulasan tentang miskonsepsi telah menerangkan 22 miskonsepsi tentang redoks dan 16 tentang keseimbangan, ikatan dan tindak balas kimia.

Menurut Silberman (1979), kelemahan memahami sesuatu hukum atau konsep merupakan salah satu sebab mengapa pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari kimia. Dalam memahami topik persamaan kimia, pelajar perlu menguasai topik persamaan kimia, pelajar perlu menguasai konsep mol terlebih dahulu. Ini kerana konsep mol digunakan untuk menghasilkan persamman kimia yang seimbang dalam topik persamaan kimia.

Yarroch (1985) mendapati kebolehan seorang pelajar dalam menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul tidak bererti pelajar tersebut telah memahami apa yang diwakili oleh persamaan kimia.

Menurut Nurhidayah (2009), pembelajaran konsep kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan konsep-konsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli Sains. Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (miskonsepsi) dan boleh menjurus kepada tahap penguasaan pelajar yang lemah bagi pelajar.

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH PEMBELAJARAN

Membangunkan perisian multimedia berasaskan web yang berpandukan kepada teori konstruktivisme :

Pelajar membina sendiri pengetahuan dalam minda berdasarkan rangsangan luaran yang diterima. Rangsangan tersebut boleh menjadi pengajaran guru atau aktiviti serta interaksi sosial yang dilakukan. Perbezaan yang timbul akibat rangsangan lama dan baru membentuk perwakilan pengetahuan baru (Bruner, 1966). Teori ini diaplikasi dalam mereka bentuk antara muka supaya menjadi konsep pembelajaran kendiri.

OBJEKTIF PENGAJARAN

1.Untuk mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap tajuk persamaan kimia yang kebiasaannya bersifat abstrak dan sukar dibayangkan dengan fikiran semata-mata

2.Untuk meningkatkan motivasi dan menimbulkan minat pelajar di dalam p&p tajuk persamaan kimia

3.Membangunkan laman web interaktif yang bertujuan untuk digunakan sebagai alat untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan ulangkaji

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah khususnya pelajar tingkatan empat yang mengambil matapelajaran Kimia KBSM serta guru-guru yang kimia yang mengajar tingkatan empat dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mudah dan berkesan bagi pelajar-pelajar yang berlainan aras. Selain itu, sasaran kami adalah, projek ini  boleh dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh pelajar, guru serta masyarakat yang ingin mendalami tajuk persamaan kimia. Pelajar terdiri daripada pelbagai aras maka dengan wujudnya laman web ini maka pelajar dapat mempelajari bab persamaan kimia mengikut aras yang telah disediakan. Fokus utama kami adalah kepada pelajar yang berada dalam aras yang rendah.

KANDUNGAN LAMAN WEB


1.Modul (Nota)

- Definisi persamaan kimia
- Senarai ion-ion positif
- Senarai ion-ion negatif
- Peta minda
- Langkah menulis persamaan kimia

2.Kuiz
lk
3.Tutorial
lk
4.Animasi Flash
lk
5.Perbincangan

    No comments: