Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 19 October 2011

Refleksi 5 - Mengenalpasti Kehendak dan Menyediakan Keperluan

Aktiviti yang paling utama di dalam proses 'interaction design' ialah mengenalpasti kehendak dan menyediakan keperluan sasaran pengguna. Aktiviti ini juga berlaku di dalam proses pembinaan sebuah laman web. Ini demi memastikan laman web yang dibina itu dapat memenuhi kehendak pengguna serta bersesuaian dengan apa yang ingin disasarkan kepada pengguna laman web itu nanti. 

Sebagai contohnya, sebuah laman web yang berwarna-warni, mempunyai banyak animasi seperti kartun dan sebagainya, sudah tentu ianya bersesuaian untuk pengguna kanak-kanak; sesuai dengan kehendak mereka yang sukakan sesuatu yang menghiburkan dan menyeronokkan. Dan adalah tidak bersesuaian jika kita membina sebuah laman web berita dengan sasaran penggunanya adalah pengguna dewasa, kita menyelitkan di dalamnya banyak animasi berbentuk kartun ataupun hiburan. Sudah tentu ianya tidak bersesuaian.

Aktiviti mengenalpasti kehendak dan menyediakan keperluan sasaran pengguna ini boleh dilaksanakan melalui kaedah temubual. Dimana seorang pembina laman web itu menemubual sebilangan pengguna yang ingin disasarkan untuk mengetahui kehendak dan keperluan sebenar pengguna terhadap pembinaan sebuah laman web itu.

Saya sendiri telah melaksanakan aktiviti ini dengan menemubual seorang sasaran pengguna untuk mengetahui kehendak dan keperluanya di dalam pembinaan sebuah laman web berbentuk pendidikan. Sasaran pengguna tersebut adalah seorang rakan kelas saya, seorang lelaki berumur 29 tahun. Antara soalan dan jawapan yang diperoleh daripada proses temubual tersebut adalah :

1) Warna yang disukai untuk latarbelakang laman web yang akan dibina? 
- Putih dan sedikit biru

2) Layout yang dikendakki?
- 2 kolum (ruangan 'sidebar' di sebelah kanan)

3) Untuk ruangan entri sukakan paparan penuh atau 'Read more'?
- 'Read more'

4) Bilangan entri pada 'homepage'?
- Kurang daripada 5 entri

5) Kedudukan 'navigation button'?
- Di atas dalam susunan mendatar

6) Suka tak kalau ada widget seperti kalendar, jam dan sebagainya?
- Suka, tapi jangan terlalu banyak

7) Suka tak kalau ada elemen flash seperti tulisan yang bergerak-gerak?
- Tidak suka

8) Typeface yang dikehendakki?
- Arial, saiz standard (saiz tajuk perlu lebih besar), warna 'dark blue' dan 'light blue'

9) Berorientasikan gambar atau teks?
- Berorientasikan gambar dengan sedikit teks

Selepas selesai proses temubual ini, kehendak dan keperluan sasaran pengguna ini akan diimplemenkan dalam bentuk 'sketch' sebelum proses sebenar pembangunan laman web itu akan dimulakan. Nantikan entri seterusnya untuk 'sketch' yang terhasil daripada proses temubual ini :)

No comments: