Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 21 December 2011

Refleksi 10 : Refleksi Keseluruhan

Kursus MPT1393 Web-Based Multimedia Development ini merupakan antara Kursus Elektif bagi menyempurnakan pengajian saya di dalam Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan). Pada mulanya, Kursus ini tidak ditawarkan pada semester ini. Sedangkan semester ini adalah semester akhir saya dan beberapa orang rakan yang lain. AlhamdulilLah, atas persetujuan Dr. Noraffandy bin Yahaya, beliau telah sudi untuk menjalankan Kursus ini walaupun semester sebelumnya ia telah dikendalikan oleh pensyarah lain. Terima kasih Dr. :)

Hasil Pembelajaran

Antara hasil pembelajaran bagi Kursus MPT1393 Web-Based Multimedia Development ini ialah pelajar dapat menentukan konsep pembangunan laman web pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran (p&p), mengaplikasikan rekabentuk instruksional di dalam pembangunan laman web, menjalankan proses penilaian laman web yang telah dibangunkan dan merancang, memuatnaik dan menguruskan laman web yang telah dibangunkan di dalam web server.

Refleksi Keseluruhan

Proses pembangunan sebuah laman web bermula dengan pemilihan aplikasi perisian pembangunan laman web samada yang berbentuk LMS, CMS dan sebagainya. Antara contoh LMS ialah Moodle, Dokeos, Claroline dan sebagainya lagi. Antara contoh CMS pula ialah PHP, DotNet atau CFM (Cold Fusion).

Proses pembangunan laman web melibatkan 5 fasa yang utama iaitu fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa pengujian dan penilaian. Fasa analisis melibatkan proses mengenalpasti kehendak dan menyediakan keperluan sasaran pengguna. Ini demi memastikan laman web yang dibina itu dapat memenuhi kehendak pengguna serta bersesuaian dengan apa yang ingin disasarkan kepada pengguna laman web itu nanti.

Fasa rekabentuk pula melibatkan proses rekabentuk informasi, rekabentuk interaksi dan rekabentuk visual/ persembahan. Rekabentuk informasi melibatkan proses menentukan mesej yang ingin disampaikan, menentukan sasaran dan tujuan dan menentukan struktur bagi mesej yang ingin disampaikan. Di dalam fasa ini juga, di lakukan proses pemilihan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang bersesuaian. Rekabentuk interaksi pula melibatkan proses merekabentuk elemen-elemen yang dapat memudahkan dan menarik perhatian pengguna seperti elemen organisasi contohnya banner, elemen navigasi contohnya pautan (link) dan elemen interaktiviti contohnya place finding. Manakala rekabentuk visual/ persembahan pula ialah proses memilih dan menentukan skema warna, font, grafik, kesan multimedia dan susun letak.

Fasa pembangunan pula melibatkan proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran. Kerja-kerja pembangunan projek multimedia akan dilaksanakan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap proses pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Manakala fasa pelaksanaan pula melibatkan proses mengaplikasikan rekabentuk instruksional yang dibangunkan ke dalam dunia sebenar. Ia akan diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan dilaksanakan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diaplikasikan sepenuhnya kepada pengguna sasaran.

Fasa yang terakhir ialah fasa pengujian dan penilaian laman web. Ia melibatkan proses pengujian bagi memastikan web yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dari segi teknikal serta isi kandungan.  Pengujian dijalankan di dalam 2 bentuk iaitu pengujian pembangunan daripada aspek fungsi, operasi, penyebaran dan penggodam dan pengujian penerimaaan yang melibatkan pengujian alpha/ beta, pengujian rakan (peer), pengujian kumpulan fokus dan pengujian kepenggunaan. Penilaian pula merupakan satu proses yang berlaku berterusan sewaktu membangunkan sesuatu projek. Penilaian adalah bahagian penting dalam perkembangan projek. Ia melibatkan proses penilaian formatif yang dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian multimedia. Tujuannya adalah untuk menjamin laman web yang dibangunkan dapat memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran.  Ia juga melibatkan proses penilaian sumatif yang melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan lain-lain elemen multimedia. Ia dijalankan melalui instrumen temubual dan soal selidik.

Setelah itu, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memilih web hosting sebagai storan bagi fail-fail yang telah dibina di dalam proses pembangunan laman web tersebut.

Projek Pembangunan  Laman Web

Di dalam Kursus ini, kami telah ditugaskan untuk membina sebuah laman web pembelajaran. Projek ini dilaksanakan secara berkumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Ayuni, Nor Faizah, Rajes dan saya sendiri.

Kami telah membangunkan sebuah laman web yang bertajuk "Mengimbangi Persamaan Kimia" bagi matapelajaran Kimia Tingkatan 4. Tajuk ini telah dipilih hasil kajian literatur yang mendapati miskonsepsi banyak berlaku dalam kalangan pelajar yang mengambil matapelajaran Kimia. Antara objektif pembangunan laman web ini ialah untuk mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap tajuk persamaan kimia yang kebiasaannya bersifat abstrak dan sukar dibayangkan dengan fikiran semata-mata. Kumpulan sasaran adalah pelajar Tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran Kimia yang terdiri daripada pelajar aras rendah, sederhana dan tinggi. Teori pembelajaran yang digunapakai di dalam pembangunan laman web ini ialah Teori Behaviorisme dan Teori Konstruktivisme.

Kelebihan

Teori berkenaan dengan pembangunan laman web telah disampaikan secara menyeluruh daripada aktiviti memilih aplikasi perisian pembangunan laman web sehinggalah memuatnaik fail-fail yang telah dibangunkan ke dalam web hosting.

Kekurangan

Aktiviti praktikal pembangunan laman web tidak dilaksanakan di dalam kelas. Ia hanya dilakukan di dalam kumpulan dan dilaksanakan di luar kelas mengikut masa yang ditentukan oleh ahli-ahli kumpulan sendiri.

Cadangan Penambahbaikan

Pada masa akan datang diharap agar aktiviti praktikal pembangunan laman web dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan peruntukan waktu yang tertentu. Dengan itu, pelajar berpeluang untuk merujuk terus kepada pensyarah segala masalah yang dihadapi di dalam proses pembangunan laman web tersebut.

Kesimpulan

AlhamdulilLah, Kursus ini telah dilaksanakan dengan sangat baik. Banyak input berguna berkaitan dengan proses pembangunan laman web pembelajaran telah diperoleh melalui Kursus ini. Laman web yang baik bukan sahaja yang menekankan aspek rekabentuk fizikalnya sahaja tetapi perlu juga menekankan aspek rekabentuk maklumat dan mesej yang ingin disampaikan. Ia merupakan matlamat sebenar di dalam pembangunan sebuah laman web itu iaitu untuk menyampaikan maklumat, mesej, informasi dan sebagainya lagi.

5 comments:

Anonymous said...

It's awesome to visit this site and reading the views of all friends on the topic of this piece of writing, while I am also eager of getting familiarity.

Look at my web site - buy a car with bad credit
Feel free to surf my web site - buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

Anonymous said...

Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it is truly informative.
I'm gonna watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. Many people will be benefited from your writing. Cheers!

Also visit my site ... how to buy a car
Feel free to visit my web site ; buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

Anonymous said...

Nice post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely helpful information specifically the last part :) I care for such info much. I was looking for this particular information for a long time. Thank you and good luck.

My webpage buy a car with bad credit
Feel free to visit my blog post - buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

Anonymous said...

Why users still make use of to read news papers when in this technological globe the whole thing is available on net?


Check out my web site: buying a car with bad credit

Anonymous said...

It iѕ еxpeсteԁ that аuto financing with baԁ crеdit
X1 mаy give the mileage bеtween
12 and 14 κm/lіtгe in Indian roads. Many peoρlе will bіll
themselves as a. Howeνeг, ωhen a relаtively small area
has a dагκ auto finаncing with bаԁ credit ωаll color.
It ωas all made posѕible by the nucleаr transfer, scientіsts ѕuсcеedeԁ to develop new, mοre technological advanced vehicles and it haѕ the honor to rеceiνе
many times the worlԁ's best engine award.

Also visit my web page - meettz.com