Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 21 December 2011

Refleksi 9 : Publishing Your Website

Di dalam proses membangunkan sebuah laman web beberapa fasa utama akan dilalui bermula dengan fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Setelah itu, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memilih web hosting sebagai storan bagi fail-fail yang telah dibina di dalam proses pembangunan laman web tersebut. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih web hosting yang baik ialah :

1. Uptime statistik

Uptime adalah perkara utama dalam pemilihan hosting. Secara mudahnya, uptime adalah kebolehan server hosting untuk sentiasa aktif 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Apabila sentiasa aktif, website atau blog kita juga akan aktif dan dapat dilayari. Kebanyakkan web hosting berbayar akan memberi jaminan sehingga 90% uptime kepada anda. Semakin tinggi uptime yang diberikan semakin bagus untuk dijadikan pilihan kepada hosting tersebut.

2. Backup file

Ini juga amat penting untuk keselamatan website/ blog. Adakah web hosting tersebut menawarkan servis backup data? Jika ya, ia amat bagus untuk anda menyimpan data jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

3. Perbandingan harga

Untuk tujuan perbandingan harga, anda boleh senaraikan beberapa web hosting yang mempunyai ciri-ciri kegemaran dan kemampuan anda. Senaraikan pro dan kontra servis yang akan anda dapat dan buat perbandingan harga. Pilih mengikut saiz hosting dan juga bandwidth.

4. Jenis laman web yang akan dibina

Sesetengah hosting meletakkan harga yang murah tetapi saiz hosting adalah kecil. Jika anda ingin membuat satu laman web berbentuk download dan upload, pakej tersebut adalah tidak sesuai. Ini kerana laman web download dan upload memerlukan saiz fail download yang besar dan juga bandwith yang tinggi kerana laman web sebegini memang menjadi pilihan pengguna internet. Keperluan laman web anda dan juga web hosting mestilah selari dan sesuai.
lk
Rujukan : Di sini

No comments: