Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 16 November 2011

Refleksi 7 - Visual Design

Rekabentuk visual atau persembahan membantu kita untuk merancang bagaimanakah rupa bentuk laman web yang akan dibangunkan. Terdapat 3 elemen penting yang perlu diambil perhatian iaitu skema warna, font dan grafik dan 2 elemen tambahan iaitu kesan multimedia dan susun letak. Susun atur dan koordinasi ketiga-tiga elemen ini akan menghasilkan satu paparan yang menarik.

  • Skema warna : apakah warna yang sesuai digunakan untuk latarbelakang, teks dan pautan?
  • Pilihan font : apakah gaya tulisan yang dipilih - ringkas, besar, kecil atau dekoratif?
  • Pilihan grafik : apakah gambar atau elemen grafik yang dikehendakki?
  • Kesan multimedia : apakah terdapat sebarang elemen multimedia atau kesan bunyi yang terkandung pada laman web?
  • Susun letak : di manakah seharusnya gambar, teks atau multimedia disusun pada halaman web?

No comments: