Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 2 November 2011

Refleksi 6 - Information Design


Panduan umum untuk merekebentuk informasi ialah :
  • bahagikan isi kandungan kepada unit-unit kecil
  • bina hierarki kepentingan di antara unit
  • gunakan hierarki tersebut bagi membentuk hubungan di antara unit
  • bina laman yang cuba memenuhi struktur yang telah dirancangkan
  • analisis fungsi dan keberkesanan sistem yang dibangunkan
  • kesemua maklumat ini kemudiannya akan diringkaskan ke dalam carta alir laman web

5 perkara penting yang perlu dipertimbangkan di dalam proses merekabentuk informasi adalah seperti di atas. Contohnya di dalam merekabentuk informasi untuk pembangunan laman web bagi murid-murid Pra-Sekolah, 5 perkara penting tersebut dapat dihuraikan seperti berikut :
  • mesej : informasi yang ingin disampaikan ialah tentang bacaan awal kanak-kanak seperti cerita-cerita pendek
  • sasaran : untuk murid Pra-Sekolah berumur 5-6 tahun
  • tujuan : sebagai bahan bacaan alternatif ketika berada di luar kelas
  • latarbelakang : khusus untuk murid yang telah menguasai asas bacaan
  • struktur : informasi disampaikan melalui pelbagai cara seperti rakaman video cerita-cerita pendek, gambar-gambar yang berkaitan dengan bahan bacaan yang disediakan dan sebagainya

No comments: