Recent Entries

Let's Read!

Wednesday 21 September 2011

Refleksi 2 : LMS, CMS

Antara perisian yang digunakan untuk membangunkan sesebuah laman web ialah :
lk
LMS (Learning Management System)
lk
LMS merupakan satu aplikasi perisian atau teknologi berasaskan web yang digunakan untuk merancang, membina dan mereka bentuk sistem pendidikan yang lebih maju. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik di mana melalui penggunaan LMS, proses pengajaran dan pembelajaran dibantu oleh lakaran grafik dan paparan multimedia yang menarik. 
lk
Sumber : Klik di sini.
lk
Antara contoh LMS ialah : Moodle, Dokeos, Claroline, OLAT, Atutor dan sebagainya.
lk
CMS (Content Management System)
lk
CMS merupakan perisian yang dipasangkan di dalam web server untuk memudahkan proses pengurusan sesebuah laman web. Dengan menggunakan kemudahan CMS pengurus laman web boleh menguruskan maklumat laman web dengan hanya menaip maklumat yang hendak dikemaskini ke dalam ruang yang disediakan, tanpa perlu mengetahui teknik-teknik penggunaan kod HTML.
lk
Sebelum sesebuah CMS dipasangkan, server yang hendak digunakan perlulah mempunyai kemudahan platform yang boleh menyokong perisian CMS yang hendak digunakan. CMS biasanya menggunakan kemudahan PHP, DotNet atau CFM (Cold Fusion). Kebanyakan CMS yang popular adalah percuma dan boleh dimuat-turunkan di dalam laman web masing-masing. 
lk
Sumber : Klik di sini.
lk
Antara contoh CMS ialah : Joomla, Mambo, PhpNuke, Xoops, Zope dan sebagainya.

No comments: