Recent Entries

Let's Read!

Wednesday, 21 December 2011

Refleksi 9 : Publishing Your Website

Di dalam proses membangunkan sebuah laman web beberapa fasa utama akan dilalui bermula dengan fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Setelah itu, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memilih web hosting sebagai storan bagi fail-fail yang telah dibina di dalam proses pembangunan laman web tersebut. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan di dalam memilih web hosting yang baik ialah :

1. Uptime statistik

Uptime adalah perkara utama dalam pemilihan hosting. Secara mudahnya, uptime adalah kebolehan server hosting untuk sentiasa aktif 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Apabila sentiasa aktif, website atau blog kita juga akan aktif dan dapat dilayari. Kebanyakkan web hosting berbayar akan memberi jaminan sehingga 90% uptime kepada anda. Semakin tinggi uptime yang diberikan semakin bagus untuk dijadikan pilihan kepada hosting tersebut.

2. Backup file

Ini juga amat penting untuk keselamatan website/ blog. Adakah web hosting tersebut menawarkan servis backup data? Jika ya, ia amat bagus untuk anda menyimpan data jika berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.

3. Perbandingan harga

Untuk tujuan perbandingan harga, anda boleh senaraikan beberapa web hosting yang mempunyai ciri-ciri kegemaran dan kemampuan anda. Senaraikan pro dan kontra servis yang akan anda dapat dan buat perbandingan harga. Pilih mengikut saiz hosting dan juga bandwidth.

4. Jenis laman web yang akan dibina

Sesetengah hosting meletakkan harga yang murah tetapi saiz hosting adalah kecil. Jika anda ingin membuat satu laman web berbentuk download dan upload, pakej tersebut adalah tidak sesuai. Ini kerana laman web download dan upload memerlukan saiz fail download yang besar dan juga bandwith yang tinggi kerana laman web sebegini memang menjadi pilihan pengguna internet. Keperluan laman web anda dan juga web hosting mestilah selari dan sesuai.
lk
Rujukan : Di sini

Wednesday, 14 December 2011

Refleksi 8 - Pengujian dan Penilaian Laman Web

Pengujian Laman Web

Pengujian perlu dilakukan bagi memastikan web yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dari segi teknikal serta isi kandungan. Perlu diingat, sebelum sesuatu proses pengujian dilakukan anda perlu memperuntukkan satu jangka masa yang khusus bagi tujuan proses pengujian yang perlu dilalui sebelum pelancaran atau dimuat turun ke pelayan web. Anda perlu menetapkan satu jangka masa yang diperlukan bagi memperbetulkan kesilapan serta kekurangan yang dikesan selepas proses pengujian. Perlu diingat bahawa fasa pengujian ini adalah untuk menguji setiap fungsi dan masalah operasi, bukan untuk membuat sebarang perubahan pada isi kandungan atau fungsi.

Fasa-Fasa Pengujian Laman Web

1. Fasa Pengujian Pembangunan : Pengujian fungsi, pengujian operasi, pengujian penyebaran dan pengujian penggodam.

2. Pengujian Penerimaaan : Pengujian alpha/ beta, pengujian rakan (peer), pengujian kumpulan fokus dan pengujian kepenggunaan.

Penilaian Laman Web

Penilaian merupakan satu proses yang berlaku berterusan sewaktu membangunkan sesuatu projek. Penilaian adalah bahagian penting dalam perkembangan projek. Rangka kerja yang terpilih bergantung kepada tujuan dan persekitaran projek tersebut. Setiap bahan pengajaran dan pembelajaran harus dinilai untuk memastikan bahawa penggunaannya berkesan untuk tujuan ia dihasilkan.

Jenis-Jenis Penilaian Laman Web

1. Penilaian Formatif : Dilakukan sepanjang proses pembangunan perisian multimedia. Tujuannya adalah untuk menjamin laman web yang dibangunkan dapat memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran.

2. Penilaian Sumatif : Hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan lain-lain elemen multimedia. Ia dijalankan melalui instrumen temubual dan soal selidik.

Tuesday, 6 December 2011

Web Development 7 : Pembentangan 40% Prototaip Laman Web

Pada minggu lepas, Rabu 30 November 2011
Kumpulan kami telah membentangkan hasil 40% prototaip laman web
Yang sedang kami bangunkan ini
Rumusan yang boleh dibuat, kekuatan terletak pada rekabentuk interaksi dan visual
Manakala untuk rekabentuk informasi
Masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki

Jom kita lihat apakah komen yang telah diberikan
Oleh Dr. Noraffandy bin Yahaya
Terhadap hasil 40% prototaip laman web bagi kumpulan kami ini
TQ Dr. atas komen membina yang telah diberikan