Recent Entries

Let's Read!

Wednesday, 16 November 2011

Refleksi 7 - Visual Design

Rekabentuk visual atau persembahan membantu kita untuk merancang bagaimanakah rupa bentuk laman web yang akan dibangunkan. Terdapat 3 elemen penting yang perlu diambil perhatian iaitu skema warna, font dan grafik dan 2 elemen tambahan iaitu kesan multimedia dan susun letak. Susun atur dan koordinasi ketiga-tiga elemen ini akan menghasilkan satu paparan yang menarik.

  • Skema warna : apakah warna yang sesuai digunakan untuk latarbelakang, teks dan pautan?
  • Pilihan font : apakah gaya tulisan yang dipilih - ringkas, besar, kecil atau dekoratif?
  • Pilihan grafik : apakah gambar atau elemen grafik yang dikehendakki?
  • Kesan multimedia : apakah terdapat sebarang elemen multimedia atau kesan bunyi yang terkandung pada laman web?
  • Susun letak : di manakah seharusnya gambar, teks atau multimedia disusun pada halaman web?

Rekabentuk Informasi Untuk Laman Web Pra-Sekolah

Kumpulan kami telah mendapat tugasan 
Untuk merekabentuk informasi bagi 
Pembangunan laman web khusus untuk murid-murid Pra-Sekolah
So, di bawah inilah hasilnya...


Untuk merekabentuk informasi bagi pembangunan laman web Pra-Sekolah ini
Kami telah menggunakan Teori Pembelajaran Behaviorisme
Kerana sasaran laman web ini dikhususkan untuk murid-murid Pra-Sekolah
Yang berada pada aras permulaan
Dimana mereka baru mula untuk mengenal abjad, tulisan, nombor dan sebagainya
Ini adalah selari dengan pandangan ahli-ahli psikologi Behaviorisme
Yang mengatakan bahawa pembelajaran itu berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku
Daripada tidak tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu melakukannya

Daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme ini
Seterusnya kami memilih strategi pembelajaran yang bersesuaian
Sebagainya contohnya kami telah memilih strategi pembelajaran berasaskan latih tubi
Ia bersesuaian dengan konsep pengajaran terancang yang diperkenalkan oleh Skinner

Wednesday, 9 November 2011

UTM's Mid Semester Break


No class for today
It was UTM's Mid Semester Break :)